Followers

Tuesday, September 13, 2011

PIALA MALAYSIA: PERISTIWA

Peristiwa Sepanjang Piala Malaysia


Tahun Peristiwa
1921 Edisi pertama Piala Malaya dipertandingkan.
1925 Piala Malaya dipertandingkan pertama kali di Singapura.
1928 Piala Malaya dikongsi bersama oleh pasukan Selangor dan Singapura.
1930 Perlawanan akhir antara Selangor dan Singapura di Padang Kelab Selangor mencetuskan kontroversi apabila pengadil menangguhkan permainan semata-mata kerana padang becak. Permainan disambung di Jalan Anson, Singapura. Singapura menang 3-0.
1931 Perak memenangi Piala Malaysia di tempat sendiri ketika perlawanan akhir diadakan di Dewan Perhimpunan Cina, Ipoh
1933 Piala Malaya ditukar nama ke Piala HMS Malaya atas nama kapal perang Inggeris HMS Malaya. Pegawai memerintah kapal ketika itu kapten Buttler telah menyumbangkan piala tersebut.
1941 Singapura layak ke perlawanan akhir kali ke-20.
1942-1947 Piala Malaya tidak dipertandingkan akibat Perang Dunia Ke-dua.
1948 Piala HMS diadakan semula setelah berakhir perang dunia kedua dan buat kali pertama Singapura gagal menjejakkan kaki ke perlawanan akhir. Perlawanan ulangan juga diadakan antara Negeri Sembilan dan Selangor selepas kedua-dua pasukan terikat pada perlawanan pertama.
1949 Perlawanan akhir antara Selangor dengan pasukan bukan berstatus negeri, Tentera.
1950 Penyerang Singapura Allahyarham Awang Bakar, membalas sepakan percuma penjaga gol Pulau Pinang, Tan Swee Hock, dengan rembatan dari jarak 40 meter. Bola menerjah ke gawang sebelum Swee Hock sempat kembali ke posisi. Singapura menang 2-0.
1957 Perlawanan akhir pertama di Stadium Merdeka dan Perak telah menjuarainya.
1959 Pemain Perak, Ng Boon Bee, muncul penjaring terbanyak dengan 10 gol pada 1959 untuk membantu pasukannya melangkah ke perlawanan akhir. Boon Bee kemudian menjadi bintang badminton negara apabila membantu Malaysia menjulang Piala Thomas pada 1967.
1962 Kelantan menumpaskan Pahang 16-1 pada pusingan awal dimana Mohammad Che Su menyumbang lapan gol.






1963 Selangor menewaskan Terengganu 18-0.
1964 Siaran secara langsung pertama ditayangkan ditelevisyen. Singapura menang 3-2 menerusi dua jaringan pada dua minit terakhir.
1967 Piala HMS ditukar nama ke Piala Malaysia.Perak menjuarainya
1970 Kelantan, wakil negeri pantai timur pertama memasuki perlawanan akhir.
1974 Perlawanan akhir melibatkan dua pasukan utara antara Pulau Pinang dengan Perak.
1981 Selangor bertemu Singapura diperlawanan akhir bagi kali ke-24.
1984 Selangor menewaskan Pahang 3-1 di perlawanan akhir, walaupun ketinggalan 1-0 sehingga minit 86 sebelum menjaringkan gol pada minit 87, 89 dan 90.
1985 Pertembungan Johor dan Kuala Lumpur merupakan kedua-dua pasukan yang melayakkan diri ke perlawanan akhir untuk pertama kali.
1989 Kuala Lumpur mencapai "hat-trick" selepas memenangi pada 1987,1988 dan 1989 dengan menewaskan pasukan yang sama iaitu Kedah.
1992 Pahang memperoleh gol seawal minit kedua perlawanan dimulakan dan keputusan 1-0 menentang Kedah kekal sehingga wisel penamat dibunyikan. Ia juga merupakan perlawanan antara pasukan utara dan pasukan pantai timur.
1994 Aksi terakhir pasukan Singapura dalam kancah bolasepak Malaysia. Singapura menjuarai Piala Malaysia pada tahun ini dan buat kali terakhir.
1995 Jaringan sudden-death pertama oleh Selangor setelah terikat 0-0 dengan Pahang.
1996 Aksi pertama dari pasukan borneo dimana perlawanan akhir antara Selangor dengan Sabah. Juara juga pertama kali ditentukan menerusi penalti setelah seri pada masa tambahan. Selangor menang penalti 5-3.
1998 Perlawanan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil.
1999 Buat pertama kali dua pasukan dari kepulauan borneo beraksi diperlawanan akhir antara Sarawak dan Brunei. Brunei menjuarai Piala Malaysia kali pertama dan Stadium Merdeka menjadi pentas Piala Malaysia yang terakhir.
2003 Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ), pasukan berstatus kelab pertama memenangi Piala Malaysia.
2004 Dua pasukan dari utara bertembung pada perlawanan akhir kali kedua antara Perlis dengan Kedah.

No comments:

Post a Comment