Followers

Wednesday, August 17, 2011

To Single Ladies : Perkara Yang Lelaki Suka Tentang Wanita


The best part about being in a relationship:It’s knowing that you can turn to someone whenever you need them. It’s having someone to sleep next to, to hug and to kiss when your days seem bleak. Just those things alone can brighten up your day. It’s knowing that someone loves you back. It’s getting a call or text in the morning saying, “Good morning babe ”. It’s knowing that someone accepts you for who you are. It’s when you sleep over each other’s houses but you don’t do anything besides watching movies or playing video games. Then after you get to wake up while they’re still asleep. It’s looking at them and then remembering how lucky you are to have someone like them in your life. Those are the best parts.

Apa Yang Lelaki Suka Tentang Wanita
1. Bentuk tubuh yang menarik. Susuk tubuh hebat sememangnya menjadi dambaan lelaki. Bagi wanita yang secara semulajadi mempunyai susuk tubuh persis model, peliharalah ia supaya kekal hingga bila-bila. Bagi mereka yang terlebih montok pula, lakukan sesuatu agar susuk tubuh kembali langsing. Lelaki suka golongan 
wanita yang berusaha untuk tampil cantik di hadapan mereka.

2. Selain bentuk tubuh, aset lain yang mampu menggegarkan hati lelaki ialah mata, punggung dan langkah yang kemas. Jangan pelik jika ada lelaki yang jatuh cinta kepada anda hanya kerana anda mempunyai jari yang 
runcing dan kuku yang bersih. Ini kerana selera setiap individu itu berbeza di antara satu sama lain.

3. Sentiasa tersenyum apabila berbicara. Cuma jangan keterlaluan kerana nanti si dia fikir anda ‘tidak sihat’ pula. Bagi mereka yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada teman lelaki atau suami, jangan pula 
menunjuk-nunjuk kerana lelaki sangat gemarkan wanita yang merendah diri dan tahu menghormati orang lain.

4. Lemah lembut. Sifat ini cukup untuk mencairkan hati lelaki. Tapi awas, lelaki tidak suka wanita yang mengada-
ngada atau menunjukkan sikap manja yang berlebihan.

5. Jujurlah dengan teman lelaki atau suami anda. Si dia pasti akan menghargai anda kerana lelaki sangat suka 
dengan wanita yang jujur atau tidak menipu.

6. Penampilan yang sederhana. Jangan keterlaluan apabila bersolek kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang mempunyai kecantikan semulajadi. Paling penting, anda perlu tahu bahawa kecantikan itu sangat subjektif. 
Lakukan apa yang dia suka dan elakkan perkara yang tidak digemarinya.

7. Jangan perasan walaupun anda sememangnya mempunyai paras wajah yang cantik. Kalau ada orang lain 
yang memuji anda cantik, cukup dengan sekadar tersenyum. Si dia pasti bangga dengan sikapmu itu.

8. Bermanjalah dengan si dia apabila si dia memerlukan anda bersikap sedemikian. Selalunya apabila berada di dalam situasi yang romantik, lelaki juga suka bermanja atau dimanjakan. Ketika ini anda bolehlah menunjukkan 
kemahiran ‘manja’ yang anda miliki.

9. Bijak menyesuaikan diri di dalam apa jua situasi terutama apabila berada di hadapan khalayak ramai atau di 
majlis-majlis rasmi. Pasti si dia tersenyum bangga melihat personalitimu itu.

10. Jangan bercakap perkara yang remeh-temeh kepada si dia. Cakaplah perkara yang penting sahaja kerana perkara remeh-temeh yang anda sampaikan itu hanya akan membuatkan si dia bosan dengan sikapmu. Lebih membuatkan si dia menyampah jika anda suka bercerita tentang perkara yang melibatkan orang lain atau lebih 
tepat suka mengumpat.

11. Matang apabila bersama dengannya. Lelaki tidak gemar dengan wanita yang terlalu keanak-anakan. Apatah 
lagi kalau anda sememangnya sudah berusia.

12. Jangan sekali-kali membandingkan si dia dengan rakan lelaki yang lain. Perkara itu hanya akan 
membuatkannya marah atau lebih teruk, si dia tidak akan berasa selesa bila bersama dengan anda lagi.

13. Jadilah peneman si dia sama ada di waktu senang atau susah. Wanita sebegini selalunya akan menjadi 
sumber inspirasi atau kekuatannya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah.

14. Jadilah pendengar yang setia. Jangan sekali-kali memotong percakapannya apabila si dia sedang bercakap. Lelaki tidak suka wanita yang terlalu banyak bercakap tetapi tidak tahu mendengar apabila orang lain 
berbicara.


15. Pandai membelai. Walaupun lelaki sinonim dengan sifat kasar, namun pada waktu tertentu mereka sangat 
suka apabila dibelai oleh insan yang paling dicintai.

16. Jangan terlalu suka meminta-minta, merengek atau mendesak-desak kepada lelaki. Lelaki tidak gemar wanita terlalu berkuasa di dalam sesebuah perhubungan. Jika anda sangat memerlukan sesuatu perkara, 
mintalah secara baik kerana lelaki selalunya mudah untuk bertolak-ansur dalam pelbagai perkara.

17. Sentiasa menunjukkan sikap prihatin terhadap teman lelaki atau suami. Apa salahnya sesekali anda menghubunginya untuk mengucapkan selamat pagi atau selamat makan tengahari kepadanya. Walaupun nampak kecil, tetapi apa yang anda lakukan memberikan impak yang cukup besar terhadap teman lelaki atau 
suami anda.
18. Belajar berdikari dan jangan terlalu bergantung harap pada si dia. Selalunya lelaki tidak suka melakukan perkara yang remeh kerana banyak lagi perkara lain yang lebih penting perlu mereka fikirkan. Apa salahnya anda 
pergi ke pasar atau membayar bil seorang diri.

19. Tunjukkan kepadanya bahawa anda mempunyai prinsip hidup yang jelas. Jangan sekali-kali membiarkan 
lelaki mempermainkan anda. Lelaki selalunya lebih menghormati golongan wanita yang sebegini.

20. Berterus-teranglah dengan teman lelaki atau suami anda. Jangan sekali-kali menyorokkan kebenaran 
daripada mereka walaupun sesetengah kebenaran itu sememangnya pahit untuk ditelan.

21. Berikan sedikit kebebasan kepada si dia. Adakalanya lelaki juga mahu menghabiskan masa mereka bersama teman-teman mereka yang lain. Kalau anda boleh melakukannya, pasti si dia tidak teragak-agak untuk 
terus bersama anda.

22. Belajar menghormatinya. Selain dirinya, anda juga perlu bijak menjaga hati ahli keluarga serta teman-teman rapatnya. Jika ahli keluarga serta teman-temannya menyukai anda, itu merupakan satu petanda bahawa 
perhubungan anda akan berkekalan sampai bila-bila.

23. Jangan tunjukkan diri anda seperti seorang individu yang terlalu sempurna. Anda perlu terima hakikat bahawa di dalam dunia ini tiada seorang pun yang sempurna. Lelaki juga selalunya suka kepada wanita yang berani mengakui kelemahan dan kesilapan diri. Itu menunjukkan wanita tersebut sangat realistik dengan apa 
sahaja yang dilakukannya.

24. Belajarlah memasak. Terasa pelik bila seorang perempuan itu tidak tahu memasak. Memasak menunjukkan 
minat anda terhadap si dia dan dia bangga dengan usaha anda.

25. Berpendidikan. Bukan bererti perlu mempunyai segulung ijazah dari mana-mana universiti tetapi cukup menonjolkan sikap rasional dan berfikiran positif bersama pasangan anda.Anda tidak semestinya perlu mempunyai segulung ijazah daripada mana-mana universiti. Tetapi tonjolkan sikap individu yang mempunyai etika serta sikap yang menyenangkan apabila anda bersama si dia. Paling penting sentiasa bertindak rasional dan berfikiran positif apabila anda mengalami sebarang masalah..

4 comments:

  1. perempuan pun mahu ciri2 yg seperti diatas..tambahan ilmu agama pun penting. :)

    ReplyDelete
  2. lelaki memang mcm tu..carilah wanita yg solehah..dengan pegangan agama yg ada pasti pekara yg tersenarai(no3 hingga no25) di atas ada..

    ReplyDelete
  3. bnyak lagi kelemahan di diri ini ^^

    ReplyDelete