Followers

Thursday, August 25, 2011

Jongkong Emas di FACEBOOK


American Express menawarkan pengguna untuk mengubah kemenangan maya mereka kepada jongkong emas dalam permainan ‘perniagaan emas’ yang terdapat bagi Facebook di United Kingdom (UK).
Permainan perniagaan emas fantasi yang digelar ‘The Great American Express Gold Rush’ telah dilancarkan di Facebook semalam menawarkan hadiah lebih daripada £20,000, termasuk hadiah utama yang berupa jongkong emas yang bernilai £10,000.
Para pemain dari pelbagai tahap boleh bersaing antara satu sama lain dalam cabaran urus niaga dan dagangan, membeli dan menjual ‘emas’ di serata dunia.
Permainan ini juga mempunyai ciri ‘permainan realiti’ dimana setiap jualan adalah mengikut harga pasaran emas dunia. Pemain perlu sentiasa arif tentang berita terkini bagi melakukan ‘urusan perniagaan’ mereka.
Permainan ini akan dijalankan bagi masa sebulan dan ianya juga menyediakan hadiah harian bagi pemain yang berjaya mengumpul mata tertinggi bagi hari-hari tersebut.
Permainan Facebook Tawar Hadiah Jongkong Emas
Antara hadiah yang menanti para pemain adalah restoran-restoran Michelin hingga tiket penerbangan ke New York dan juga kamera digital.
Pemain yang berjaya mengutip keuntungan tertinggi dalam satu hari akan diberikan hadiah utama iaitu jongkong emas yang bernilai £10,000 daripada American Express.
“Ini merupakan permainan pertama yang diterbitkan oleh American Express dan ianya direka untuk hiburan dan cara terbaik bagi anda untuk bersaing bersama rakan-rakan, keluarga dan juga pengguna Facebook lain,” kata Naib Presiden American Express, Richard Harris. “Permainan ini akan mewujudkan daya saing yang tinggi bagi seseorang kerana hadiah yang disediakan adalah sesuatu yang amat bernilai.”
Untuk bermain, lawati www.amexgoldrush.co.uk.
http://www.telegraph.co.uk/technology/facebook/8630557/Facebook-game-offers-gold-bullion-prizes.html

No comments:

Post a Comment